Hey, Guest.  Log in / Sign up now    Cart (0)
Frequently Ask Questions

Perfume Original reject merupakan perfume original yang direject dari kilang, dan kami sebagai pembekal (orang tengah) mengambil stok ini secara pukal dan menjual secara runcit dan  borong pada harga yang murah. Setiap perfume lain reject-nya (anda boleh check dahulu sebelum membeli). Bagi yang sudah lama ‘bermain’ dengan perfume original reject ini mungkin ada sudah paham sepenuhnya, tetapi bagi yang masih newbie, disini kami kongsikan beberapa sering ditanya pelanggan.

Q- Apa itu perfume original reject ?
A- Perfume reject bermaksud perfume tersebut mengalami kecatatan/defect semasa dikilangkan.

Q- Biasanya apa yang reject ?
A- Secara amnya, original reject dianggap defect dari segi beberapa faktor antara penyebabnya dikategorikan sebagai reject:
- Botol calar / pecah
- Tiada cap/penutup pada botol.
- Terdapat bendasing bersama pati.
- Warna/bau sedikit berbeza.
- Hakisan pada tulisan.
- Leaking pada nozzle.
- Berkarat pada part tertentu.

 

  • Kesan calar pada botol : Ini adalah perkara biasa bagi perfume original reject. Semasa proses pengumpulan perfume ini, perfume akan bergeser antara satu sama lain. Inilah menyebabkan perfume tersebut mempunyai kesan calar pada botolnya.
  • Hakisan tulisan dan pudar : Semasa pengumpulan perfume, mustahil tiada tumpah langsung. Perfume mempunyai alkohol. Kesan tumpahan perfume menyebabkan hakisan tulisan dan tulisan tersebut pudar. Walaubagiamanapun semasa dikilangkan dan proses engrave dilakukan, terdapat kesilapan juga menyebabkan hulisan hilang atau pudar.
  • Tiada penutup (bagi sesetengah penutup) : Semasa proses pengumpulan perfume, ada tudung perfume yang hilang, pecah dan retak.
  • Nozzle : Setelah di check, masalah yang paling kritikal bagi sesuatu perfume adalah disebabkan pump pada perfume rosak atau tidak boleh spray disebabkan terdapat udara yang terperangkap didalam saluran paip. Bagi membolehkan perfume ini dijual, pump tersebut akan dibaiki atau ditukar kepada pump lain. Hal inilah yang menyebabkan ada sesetangah perfume nozzlenya tidak sama seperti perfume asalnya menyebabkan perfume tersebut di-reject.
  • Bendasing : Jarang-jarang berlaku. Tetapi biasanya tidak menyebabkan perubahan baunya.
  • Leaking : Biasanya disebabkan proses clamp tidak dilakukan dengan sempurna. Mungkin akan ada sedikit cecair yang akan mengalir keluar dari nozzle.
  • Warna & Bau berbeza : Hal ini terjadi disebabakan semasa proses penghantaran didalam kontena. Perfume reject tiada kotak dan suhu yang tinggi didalam kontena mungkin menyebabkan perubahan warna perfume dan bau.

Q- Adakah perfume original reject sama dengan perfume Original kaunter?
A- Keaslianya adalah dijamin kecuali defect yang dinyatakan.

Q- Adakah perfume original reject datang bersama kotak packing?
A- Tidak. Ianya datang bersama porch baldu.

Q- Berapa lama tahan original reject?
A- Ketahanan adalah sebenarnya subjective bergantung kepada banyak faktor. Tetapi secara amnya tahan antara 8jam keatas.

Q- Boleh SWAP kepada perfume lain?
A- Ya. Dalam tempoh 30 hari tari tarikh belian.

Q- Bagaimana pelanggan saya tidak berpuas hati?
A- Seperti dinyakan ianya adalah barangan reject. Tetapi keaslianya adalah adalah terjamin. Sekiranya pelanggan anda tidak berpuas hati boleh pulanggan kepada kami dengan syarat isipadu tidak berkurang.

Q- Sekiranya isipada berkurang boleh saya dapatkan refund/SWAP ?
A- Tidak. pihak kami tidak akan refund atau dibenarkan SWAP sekiranya didapati perfume berkurang dari keadaan asal semasa diambil.Considered sold.

Q- Ada money Guarantee Back?
A- Ya. Pihak kami memberi jaminan 30 hari wang dikembalikan dari tarikh belian.

Q- Apa yang dimaksudkan isipadu berkurang?
A- Kami tidak membenarkan pelanggan di kedai untuk test perfume. Jadi isipadunya masih lagi penuh. Sekiranya selepas membeli, isipadunya berkurang secara jelas, pihak kami tidak membenarkan sebarang pertukaran atau refund.

Q- Saya ingin buat dropship, tetapi sekiranya barang sampai pecah kepada pelanggan saya bagaimana?
A- Pihak kami telah packing dalam keadaan baik dengan polistrin dan buble wrapping. Kami juga meletakkan sticker fragile pada luar parcel bagi memastikan pihak courier dapat handle dengan cermat. Tetapi sekiranya pecah semasa proses penghantaran, kami tidak menanggung searang kerugian keran aanda perlu paham ianya melibatkan pihak ketiga iaitu syarikat courier.

Q- Bagaimana dengan note-note perfume reject original ini?
A- Walaupun diklasifikasikan sebagai reject perfume, tetapi istilah reject ini hanya benar pada keadaan fizikalnya sahaja. Dari aroma wangianya sama sahaja terdapat base note, middle note dan upper note.

Q- Adakah perfume reject original ini sah dibawa solat ?
A- Soal alkohol memang sensitif bagi umat Islam. Memang benar terdapat alkohol dalam perfume, tetapi alkohol yang terdapat dalam perfume adalah alkohol yang sah untuk dibawa solat.

 

Manage Your Shop  |   Copyright © 2014 - 2024 to idamanperfume. Powered by  eCommerce Malaysia.